Designed by Myname And WhiTeLiLY
My Photo
Name:
Location: Malaysia

Everything Is Hard Before It Become Easy!!












Free MP3 Download
Find Your Favorite Songs, Videos & Lyrics




This Blog Will Be Deleted!!

Surat Cinta Untuk Whitelily

Ayah Aku Rindu Padamu

Masalah Is Problem

Masalah Is Problem!!Ingat!! Aku Orang Yang Paling ...

Realiti dan Fantasi

Cara pencegahan Mujarab Virus Pembunuh influenza H1N1

Awek cun nie pula nama die Arisa Fazlin a.k.a ayan...

Erm.. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi pasanga...

fuiyoo... Dua Dara Pingitan... ahaks... eisya_dod...





May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 December 2009 January 2010



Malayirc Web
Technology News
Templates
Web Hosting
Articles
Berita Dalam Malaysia
Blogger
Google

hazirah

Malayirc

S0ulmaTe

Nani13

Wazy

<$BlogDateHeaderDate$>
This Blog Will Be Deleted!!
perhatian kepada sedara sedari...
blog nie akan di destroykn tak lama lagi...
tp akan kmbli lg slpas ini...
harap maklum....ca alip lam (salamz)

::-::Myname::-::
<$BlogDateHeaderDate$>
Surat Cinta Untuk Whitelily
Seandainya hatimu adalah sebuah system
Maka aku akan scan kamu untuk mengetahui port mana yang terbuka Sehingga tidak ada keraguan saat aku [ c:\> nc -l -o -v -e ] ke hatimu,Tapi aku hanya berani [ ping ] di belakang [anonymouse proxy], inikah rasanya jatuh cinta sehingga membuatku seperti gila nak mampus?? whatever!

Seandainya hatimu adalah sebuah system,
ingin rasanya aku manafaatkan vulnerabilitiesmu,menggunakan PHP injection kemudian akan ku run [ ls -la; find / -perm 777 -type d],sehingga aku tahu sekiranya di hatimu ada folder yang boleh di Write atau adakah free space buat aku?. Apa aku harus pasang [backdor "Remote Connect-Back Shell]"supaya senang untuk ku mengetahui Connection dari kamu, biar aku tidak merana seperti ini.

Seandainya hatimu adalah sebuah system,
saat semua request-ku diterima aku akan masuk terus di bugtraq untuk mengetahui bug terbarumu maka aku akan patch n pacth terus,aku akan jaga service-mu jangan sampai crash n aku akan menjadi firewallmu aku akan pasang portsentry, dan menyunting error di pagemu "The page cannot be found Coz Has Been Owned by Someone!! get out!" aku janji tidak akan ada macelinious program atau service yang hidden, karana aku sangat sayang dan mencintaimu.

Seandainya hatimu adalah sebuah system,
jangan ada kata "You dont have permission to access it" untuk ku.Seandainya ada orang lain menganggu mu akan ku ping flood sejute kali Atau DDos Attack kerana kamu harus menjadi sang bidadari duniaku...

tapi itu Seandainya hatimu adalah sebuah system, ...!!!

Tapi sayang hatimu bukanlah sebuah system,
kamu adalah sang bidadari impianku, yang telah meWritekn system regeditku!
Suatu saat nanti aku akan datang n mengatakan padamu "seandainya di hatiku sudah dijangkiti virus yang Mengasyik kan, tidak akan pernah ada anti virus yang dapat menangkalnya selain ...kamu.Whitelily!!!
<$BlogDateHeaderDate$>
Ayah Aku Rindu Padamu
Assalamualaikum w.b.t

Time dekat nak raya mcm nie,terasa rindu sangat dekat aruah ayah. Dalam keluarga kami selalunya aruah ayah lah orang yang paling sibuk membuat persiapan nak beraya.. tapi sekarang.... saya kasihan kat mak, dah tak mcm dulu lagi.. Kalaulah ayah dapat melihat semua ini??


Ayah..
Walaupun saya tak habiskan pengajian saya di universiti tapi sekurang-kurangnya saya dapat membantu mak sekarang nie.. adik² juga dapat meneruskan pengajian mereka.. saya selalu pesan dekat adik² supaya study bebaik mcm yg ayah selalu pesan.. InsyaAllah,mereka semuanya tak lah nakal sangat..


Ayah..

Saya sangat merindui ayah..

saya selalu berdoa untuk ayah,Sempena hari raya yang bakal tiba saya meminta ampun maaf dan restu dari ayah agar semua yang saya lakukan adalah yang terbaik untuk diri saya dan juga untuk keluarga..saya berjanji akan jaga mak dan adik².Saya juga tak akan biarkan mereka susah..

Ayah..

saya dah lakukan apa yang termampu untuk keluarga kita..

walaupun bukanlah pengorbanan yang besar tapi saya lakukan dengan ikhlas demi mak,adik² dan keluarga kita..Ayah..saya dah cuba untuk jadi anak yang baik namun saya sedar ianya masih kurang..

Andai saya berpeluang untuk mencium tangan ayah untuk sekali lagi?...

Alfatihah...

<$BlogDateHeaderDate$>
Masalah Is Problem
Assalamualaikum...
(episode 2)

Dalam Komunity Malayirc.....
Semasa dalam komunity Malayirc,saya cuba untuk mengaktifkan diri seaktif yang mungkin. Bukannya apa cuma sekadar ingin mengurangkan tekanan di office dan menghilangkan kebosanan yang melanda..Walaupun saya chat dalam malayirc namun saya tidak akan lupa untuk online di Dalnet walaupun sekejap coz saya nak tengok kalau² ada nick (nick yang menyerupai nama bunga) tu online.. Namun hampa je,sealunya hanya psy je yg ada..

Saya pernah mencuba untuk PM nick nie tapi tiada jawapan langsung?? Namun saya tidak pernah berputus asa. Kekadang pernah juga saya terserempak dengan nick nie semasa dia online tapi bila saya PM dia langsung tak jawab?? Dalam hati saya nie macam tak ada peluang je??walaupun macam tu saya tetap sabar.. dalam fikiran saya kalaupun tak leh nak ngorat jadi kawan pun ok lah... kan...Saya teruskan rutin harian seperti biasa,mencari nick tu setiap hari..

Semasa saya tengah syok chat dalam malayirc secara kebetulan ada pula saya nampak nick tu online sama dalam malayirc! @@ wah bertuahnya saya.. saya semakin aktif chat dkt malayirc dan mata saya tidak pernah terlepas memandang setiap nick yang online dalam tu semasa saya online.. Saya sendiri tak tahu kenapa saya nak kejar nick tu.. dah lah bertegur sapa tak pernah kenal pun tidak.. huh pelik tapi benar..

Ada satu hari tu saya online dan secara kebetulan dia pun online sama.. dan pada hari itu juga buat pertama kalinya dia sudi chat dengan saya.. Macam tak percaya dia sudi masa tu.. apa lagi saya tersenyum lebar depan pc..Rasanya masa tu senyum saya lagi lebar daripada screen monitor LCD 17" depan saya tu.. huhuhuhuh... Sejak hari itu kami kerap kali chat
dan saya pun mencuba nasib lah kalau² muka hodoh nie leh ngorat awek cute mcm dia tu..
Semasa kami chat saya cuba utk mengenali dia dan ternyata dia baik orangnya..
Memang tidak dinafikan.. Makin hari saya makin tertarik,dan saya rasakan ada satu perasaan yang pelik bila chat dengan dia.. huhuhu pelik je bunyinya tapi itulah kebenarannya..

Apakah sebenarnya perasaan itu?? korang tahu ke?? bersambung....
<$BlogDateHeaderDate$>
Masalah Is Problem!!
Ingat!! Aku Orang Yang Paling Menyanyangimu!!.

Assalamualaikum!!!
erm... sebenarnya tiada apa yg saya nak kongsi di sini, cuma ingin menulis tentang kisah sebuah Love Is Cinta..huh pening gila kepala hotak .. entah apa nak dibuat dan kemana arah hendak dituju..

saya sendiri tak tahu apa yang saya buat nie betul ataupun tak,tapi untuk mengisi kebosanan yang melanda apa salahnya saya kongsi sedikit cerita mengenai diri saya...seperti remaja biasa saya pada suatu masa dahulu suka sangat main miRC nie.. Dan IRC yg membawa saya kepada love is cinta.. Kisahnya bermula begini,Saya bukan otai irc cuma suka sangat buat kerja jahat melalui mirc nie.. antara yang saya buat ialah Flood,Revenge kick,spammer,dan banyak lagi.
Bertahun-tahun saya buat kerja mcm nie dan tidak pernah terfikir untuk cari makwe@awek@munge@cintan-cintun dalam irc nie..Saya bermula dari Webnet hingga ke dalnet..dan jeng jeng jengzzz....tiba masa untuk masuk babak yang seterusnya..

Semasa dekat dalnet,tengah search orang yang boleh jadi member untuk lawan bebudak endon main revenge kick nie akhirnya saya terjoin dengan channel #airbiru.. Dan memang tidak dinafikan ahli² airbiru nie memang otai² bertauliah dalam kerja² kick mengkick nie dari webchat hingga ke dalnet..secara tidak sengaja saya ternampak satu nick yg ada tarikan nya tersendiri hingga buat saya nak kenal dengan pemilik nick tue.. nick nie menyerupai seperti nama bunga dan saya berfikir sudah tentu pemiliknya adalah seorang wanita..

Saya cuba untuk mendekati nick bunga nie dengan sedaya upaya tapi semakin saya dekatinya semakin jauh dia lari?? Saya hampir berputus asa kerana sudah berbulan² lamanya(hampir setahun rasanya saya mengejar nick nie)tidak pernah dapat bertegur sapa.. Mcm mana nak ngorat kalau tak pernah bertegur sapa kan..Perghhh...

Walaupun kami tak pernah bertegur sapa namun jauh di sudut hati saya nie tetap nak chat dengan bunga nie walaupun sekejap..Secara tidak sengaja, ada sorang mamat tu ajak saya join server malayirc (/server irc.malayirc.com) dan saja dengan rela hati join..
Di sinilah bermulanya sebuah kisah... Bersambung
<$BlogDateHeaderDate$>
Realiti dan Fantasi
Karam
Dapatkah putik kan menjadi bunga...
Kiranya Cuaca Sering Gerhana
Dapat Kah Kasih Bersemi selamanya..
Ataupun Aku Harus Berserah
Kepadanya Yang Maha Esa...

Mestikah Ada Satu Pengorbanan
Sehingga Terjadinya Perpisahan
Kiranya Itu Satu Permintaan
Perlukah Kau Dan Aku Merelakan......

Kita Hany Insan Yang Selalu Mengharapkan
Sesuatu Yang Indah Dalam Percintaan
Dikala Tiba Dugaan Mendatang
Aku Kau Tinggalkan...

Karam Aku Di Lautan Duka
Bila Wajahmu Hilang Di mata
Tiada Berita Pengubat Rindu
Di Kala Sendu....

Ku Biarkan Luka Di Hati Berdarah...
Sehingga Kering Dimamah Mentari...
Apakah Salahku...
Disakiti Sebegini....

Perlukah Aku Terus Mengharapkan
Camar Yang Hilang Kembali Ke Sarang
Apakah Masih Ada Kerinduan
Yang Tersimpan Di Hatimu Sayang.....
<$BlogDateHeaderDate$>
Cara pencegahan Mujarab Virus Pembunuh influenza H1N1
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua...

Pada dasarnya saya bukanlah seorang penulis mahupun pemerhati juga bukan seorang pakar penganalisis. Memandangkan saya juga takut akan kemunculan virus pembunuh influenza H1N1 yang diberitakan bakal membunuh sehingga 5 Juta orang rakyat malaysia maka saya menulis sedikit pengetahuan saya mengenai virus ini hasil daripada research yang saya lakukan di internet..

Saudara sekalian...
Percayakah anda tentang virus ini tersebar dengan sendirinya ataupun anda berfikiran positif dengan mengandaikan bahawa ada dalang disebalik penyebaran virus pembunuh ini?? fikirkanlah kerana saya percaya bahawa anda semua adalah orang yang berpendidikan dan mampu berfikir dan mentafsir antara mana yang baik dan buruknya...

Namun sekiranya anda sependapat dengan saya sila klil iklan di sebelah untuk mendapatkan e-book percuma dan mengetahui siapa dalang di sebalik penyebaran virus influenza H1N1 ini..

H1N1 ITU SAYU KONSPIRASI KAPITALIS?
MUNGKINKAH ANYA BENAR? atau
MUNGKIN JUGA IANYA SALAH?
Dilampirkan satu pendedahan berani dan penulisan dari Malaysiakini.com oleh Hisamuddin Rais ..

Dapatkan ebook beliau secara percuma dan sebarkan kepada rakan² anda....
mynames85.